Jawatan Kosong – Pekerja Awam Lelaki

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau
Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut :-

1. Jawatan : PEKERJA AWAM (LELAKI SAHAJA)
Jabatan : Jabatan Agama Johor.
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Mahir, Separuh Mahir dan Tidak Mahir
Taraf Jawatan : Tetap
Gred Gaji : R1
Jadual Gaji : P1 T1 RM647.51 – P1 T14 RM1,178.43
P2 T1 RM689.98 –  P2 T14 RM1,242.09
P3 T1 RM734.08 -  P3 T14 RM1,307.3

Tarikh Tutup Permohonan : 19 September 2011 (Isnin)
Untuk keterangan lanjut layari : Jabatan Agama Johor

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (Kontrak)

Tarikh Iklan: 26 Ogos 2011   Tarikh Tutup : 08 September 2011
KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK/SAMBILAN
1. ATENDAN KESIHATAN (Pembantu Perawatan Kesihatan)– Gred U3 (Perempuan 
Sahaja)
Klasifikasi  : Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan 
Kumpulan  : Sokongan
Gaji(Sambilan) : RM54.00 Sehari 
         @
Gaji Kontrak  : P1T1 RM709.59 sehari 
RM 95.00 sehari (Elaun Khidmat Awam)
RM 180.00 (ImbuhanTetapPerumahan)
RM300.00 (Bantuan Sara Hidup)
Untuk keterangan lanjut sila layari : Universiti Putra Malaysia

Selamat datang ke JawatanKerjaKosong.com

Selamat datang ke jawatankerjakosong.com.Kami menyediakan iklan percuma bagi mereka yang sedang mencari kerja kosong atau jawatan kosong di Malaysia.

Jawatan Kosong di Kolej Islam Pahang

KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH mempelawa Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan berikut :
1. Pensyarah DM 41

Kelulusan:
Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, Kepujian dalam bidang TESL dari
universiti yang diiktiraf.
2. Kaunselor
3. Pegawai Tadbir

4. Setiausaha Pejabat N 27
Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
5.Pegawai Khidmat Pelanggan
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.Pembantu Am Pejabat

 

CARA MEMOHON
1.Calon-calon yang berminat diminta mengemukakan permohonan menggunakan Borang Rasmi Permohonan Jawatan Kolej
Islam Pahang Sultan Ahmad Shah yang boleh diperolehi dari Pejabat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah sama ada
melalui Pos dengan menyertakan sampul surat 15cm x 22cm bersetem RM0.60 dan beralamat sendiri berserta Wang Pos
sebanyak RM10.00 di atas nama SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PAHANG SDN. BHD. atau datang sendiri ke KIPSAS.
2.Calon-calon juga boleh menggunakan borang permohonan yang boleh dimuaturun dari laman web KIPSAS dengan
menyertakan yuran pemprosesan dengan menggunakan wang pos sebanyak RM10.00 di atas nama SISTEM
PENDIDIKAN ISLAM PAHANG SDN. BHD.
3.Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Ogos 2011. Hanya calon-calon disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk
temuduga.
4.Sebarang pertanyaan boleh dibuat sama ada datang sendiri ke Pejabat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah atau
melalui telefon di talian 09-591 5353 atau 09-5915355/5322/5326 (Unit Pentadbiran)

5.Borang permohonan yang telah diisi dan disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan dan telah
diakui sah, hendaklah dihantar kepada :
Presiden
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
KM 8, Jalan Gambang
25150 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
(u.p : Unit Pentadbiran)
Tel : 09-591 5353 Faks : 09-536 4421
http:www.kipsas.edu.my

Gaji tentera SPM dan Ijazah naik

KUCHING: Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melonjak daripada kira-kira RM800 kepada RM1,125 sebulan berikutan pelaksanaan skim gaji baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 16 Januari lalu.
Skim dirancang lebih awal sebelum Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan itu juga menyaksikan kenaikan gaji kemasukan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada RM2,100 sebelum ini kepada RM2,400, sebulan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata imbuhan itu sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini.

Bagaimanapun katanya, akibat kelewatan semakan gaji ATM sebelum ini, gaji anggota tentera menjadi agak ketinggalan berbanding perkhidmatan awam lain dengan semakan semula ke atasnya hanya dapat diselesaikan baru-baru ini.

“Secara kebetulan pelaksanaan skim gaji baru ATM ini diluluskan hampir sama dengan SBPA sedangkan semakan yang dilakukan pihak kita sudah lama dilakukan.

“Melalui skim baru ini juga, anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun,” katanya selepas memberi taklimat SBPA-ATM kepada anggota ATM di Kem Penrissen di sini, semalam.

Majlis turut dihadiri Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar bersama lebih 500 anggota dan pegawai yang turut diberi peluang berdialong dalam sesi berkenaan.
Difahamkan, melalui skim baru ini juga hanya dua kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM akan dibuat iaitu melalui SPM dan Ijazah Sarjana Muda dengan semakan ke atas kemasukan kelayakan diploma sedang dilakukan.

Sementara itu, mengulas mengenai aduan kira-kira 20 bekas tentera di negeri ini yang lewat menerima bayaran pencen, beliau berkata, ia mungkin berpunca daripada masalah dokumentasi di peringkat Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di Kuala Lumpur.

Sumber : Berita Harian

Jawatan Kosong Kerajaan – Sejauh mana relevan?

Kalau dilihat pada carian jawatan kosong dienjin pencari utama seperti Google jawatan kosong kerajaan adalah yang paling hot sekali.Jadi ini menunjukkan ramai yang tercari-cari atau ternanti-nantikan kekosongan jawatan di jabatan kerajaan yang ditawarkan.

Best sangat ke kerja dekat jabaran kerajaan ni? Kenapa tak cari kerja di syarikat swasta? Sebab ada pencen? Sebab senang kerja?

Soalan tu perlulah dijawab oleh anda sendiri.Bagi pendapat penulis mungkin ramai yang mencari kerja disektor kerajaan disebabkan frust beberapa kali percubaan temuduga disektor swasta tapi masih tak berjaya.Atau mungkin yang ingin mencari keselesaan supaya ada pencen lepas tamat umur 55 tahun kelak.

Kalau bekerja di sektor awam pelbagai elaun yang akan diperolehi contohnya COLA , Elaun Perumahan dan macam-macam elaun lagi yang anda akan perolehi.Bagaimana pula dengan kenaikan jawatan yang lebih tinggi,kenaikan gaji tahunan,bonus ?

Satu la persoalan mudah ke nak berjaya dalam temuduga bagi mengisi kekosongan dijabatan kerajaan ini? Oleh kerana terlalu ramai yang pencari jawatan kosong kerajaan ini maka persaingan adalah tinggi juga.Jadi mereka yang dipanggil temuduga ini bukan calang2 orang.Saya pernah dipanggil temuduga bagi jawatan kosong di sektor kerajaan untuk mencari angin baru.Ketika hadir dihari temuduga yang datang bukan sahaja calon yang baru keluar dari universiti tetapi mereka yang mempunyai pengalaman disektor swasta juga bersaing merebut jawatan kosong ini.

 

 

 

 

Persediaan sebelum melangkah kealam pekerjaan

Alam pekerjaaan adalah satu alam yg berlainan dari alam persekolahan atau alam semasa belajar diuniversiti.Dengan segolong ijazah yang anda perolehi bukan penentu bagi anda akan berjaya didalam ini.

Ini adalah kerena didalam alam pekerjaan anda akan menghadapi pelbagai cabaran dalam perhubungan dengan pelbagai jenis orang dan juga masalah kerja itu sendiri.Oleh itu anda perlu menyediakan diri anda seperti kemahiran dalam berkomunikasi,kemahiran bergaul dengan org lain,kemahiran dalam membuat kerja itu sendiri dan yg penting adalah atitud yang anda bawa.

Kenapa atitud itu penting?

Kita akan terangkan dibahagian kedua nanti.

Jawatan Kosong di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)

Peluang untuk anda mengisi jawatan kosong di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) bagi jawatan Akademik dan juga jawatan Pentadbiran.

Untuk keterangan lanjut sila layari :

http://www.iium.edu.my/people-staff/job-opportunities

Jawatan Kosong Di Jabatan Kerajaan

Bagaimana untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Kerajaan atau di agensi-agensi kerajaan?

Sebelum anda berminat untuk mengisi jawatan kosong di jabatan kerajaan atau agensi kerajaan anda perlu mengetahui ada jabatan-jabatan atau agensi-agensi tersebut dan apakah peranan mereka didalam sektor kerajaan.Ini bagi memudahkan anda mengetahui sebagai persiapan sebelum dipanggil untuk ditemuduga.

Kebiasaannya untuk mengisi jawatan kosong kerajaan anda boleh melayari di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan mendaftarkan di SINI.

Terdapat 3 kategori pekerjaan mengikut kelulusan akedamik yang ditawarkan di sektor kerajaan iaitu :

1. Ijazah/Sarjana/PHD – contoh jawatan adalah seperti  Akauntan, Akitek , Jurutera

2. Diploma/STP/STPM/HSC – contoh jawatan adalah seperti Jururawat Pergigian, Penolong Akauntan, Penolong Jurutera

3. SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil – contoh jawatan adalah seperti Juruteknik, Juruteknik Komputer